aduyai
banyak songeh btol la sir ni kne cri tokoh la bagai...
Nurul Elissa
4 Newton
TUNKU ABDUL RAHMAN
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
|
|
|
|
|
|
|
Tempoh berjawat
31 Ogos 1957 – 22 September 1970
|
|
Raja
|
|
|
Timbalan
|
|
|
Didahului oleh
|
Pejabat ditubuhkan
|
|
Digantikan oleh
|
|
|
|
|
Tarikh lahir
|
|
|
Tempat lahir
|
|
|
Meninggal
|
|
|
Parti politik
|
|
|
Pasangan
|
|
|
Pekerjaan
|
|
|
Agama
|
|
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana
rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas
bermain di luar istana dan pernah
membentuk pasukan bola sepak kampung.
Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di
kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah
Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di
rumah, beliau belajar bahasa Melayu di
sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke
sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul
Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan
membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa
Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge.
Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine
kerana dasaraparteid ('kulit berwarna') masih
diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa
meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar
ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan
keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang.
Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap
dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama
rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown,
tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka
bersiar-siar dengan motosikal Riley
Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan
trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat
menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana
Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan
bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana
keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus
semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat
Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerangpada tahun berikutnya. Beliau
dipindahkan ke Pulau Langkawi pada
tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku
bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani bersamping bertindak
sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah
masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang
ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah
pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan
Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul
Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun,
sewaktu pegawai British hendak
membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultanmelarikan diri daripada tanah airnya sewaktu
peperangan. Berpakaian Tentera
Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama
dengan Syed
Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan
menyembunyikannya di Sedim, dekat
dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku
Badlishah, Pemangku Raja Kedah,
tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal
pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor
Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan
Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun.
Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani
oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di
pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun
1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak
Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan
Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu,
dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar
India Islam" yang menuntut kemerdekaan India.
Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal.
Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun ,
barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan
bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun
1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi
Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang
sehingga 1976.
Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita
kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di
Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang
Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi
penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku
Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet
oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed
Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar
Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini
direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan
kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat
seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan
Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963
dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi
nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan
kaum Melayu di tengah-tengah pengisytiharan
penubuhan Malayan Union oleh
Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila
lihat: Sejarah Malaysia)
dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO
memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik
sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya.
Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut,
pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan
parti campuran UMNO dengan MCA memenangi
51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri
Malaya yang pertama. MIC yang
mewakili kaumIndia kemudian
menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London
untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan
sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur
pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak
"Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan
perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan,
kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan
memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun
1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu
daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya,
Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan
Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September1963,
dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi
Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan
pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%.
Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP
pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang
radikal) Lee Kwan Yew kepada
pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan
mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di
sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya
Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau
tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan
PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya
Singapura meninggalkan Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa
Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada
Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan
semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan
sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak
diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura
menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Dalam Pilihan Raya Umum
1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian
pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara
pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN,
sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan
pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian
meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah
penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang
parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian
masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Dengan pakaian rasmi.
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia
yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan
Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu mualaf Islamuntuk
menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden
PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan
Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa
yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan
tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan
Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha
Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan
Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku
juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan
Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988.
Tunku Abdul Rahman pada tahun-tahun yang
akhirnya.
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The
Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku
menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking
Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As
I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana
Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan
di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti
baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan
oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan
serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh
Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam
Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di
Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990
sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star.
·
1903:
Dilahirkan pada 8 Februari di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar yang lebih
dikenali sebagai Istana Pelamin.
·
1913 (umur
10): Beliau dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan
Abdul Hamid, iaitu abang sulung Tunku Abdul Rahman. Tunku belajar di Sekolah
Debsirindir, Bangkok.
·
1916 (umur
13): Pulang ke Kedah dan memasuki Penang Free School.
·
1919 (umur
16): Belajar di England.
·
1925 (umur
22): Memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Sejarah) dengan bantuan dan
kerjasama dari sahabatnya Taib Andak.
·
1927 (umur
24): Dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu.
·
1930 (umur
27): Lulus semester pertama, jurusan undang-undang di Inner Temple.
·
1931 (umur
28): Berkhidmat sebagai pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah dengan gaji sebanyak RM300.00 sebulan, dan kemudiannya sebagai Penolong
Pegawai Jajahan di Kulim.
·
1932 (umur
29): Berkhidmat sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang.
·
1933 (umur
30): Berkahwin dengan Mariam, gadis kacukan Cina-Siam, anak tauke lombong Cina
di Alor Setar. Akhir 1933, Mariam melahirkan anak perempuan dan dinamakan Tunku
Khatijah ibni Tunku Abdul Rahman. Kemudian anak lelaki bernama Tunku Ahmad
Nerang ibni Tunku Abdul Rahman.
·
1934:
Mariam meninggal dunia kerana penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Tunku
berkahwin dengan kekasih lamanya Violet Coulson di Geylang Serai, Singapura.
·
1935 (umur
32): Dipindahkan ke Pulau Langkawi oleh Penasihat British, Clayton. Selain itu
, perkahwinan Tunku dengan Violet kurang direstui.
·
1937 (umur
34): Bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani.Beliau juga bertindak
sebagai hakim daerah Sungai Petani dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai
Petani.
·
1938 (umur
37): Pergi ke England buat kali ke-3 untuk menyambung pelajaran dalam bidang
undang-undang. Antara temannya ialah Saadon Zubir. Tunku berbaik semula dengan
isterinya yang telah diceraikan , Violet Coulson.
·
1939 (umur
36): Kembali ke Kedah kerana ada berita perang akan meletus di Eropah.Berkahwin
dengan Syarifah Rodziah binti Syed Barakbah .Syarifah Rodziah Syed Syeikh
Barakbah ialah adik rakan sekuliahnya di England iaitu Syed Omar Barakbah.
Perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun.
·
1940 (umur
37): Dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
·
1941 (umur
38): Jepun menyerang Kota Bharu , Kelantan pada 8 Disember.
·
1947 (umur
44): Berangkat semula ke England untuk menyambung pengajian * 1948 (umur
45): Dipanggil ke bar di Inner Temple.
·
1949 (umur
46): Pulang ke Tanah Melayu. Pada mulanya, beliau dihantar ke pejabat Pegawai
Undang-undang di Alor Star. Kemudian beliau memohon untuk bertukar ke Kuala
Lumpur. Di Kuala Lumpur, Tunku menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan kemudiannya,
dilantik sebagai Presiden Mahkamah Sesi.
·
1951 (umur
48): Menjadi Presiden UMNO pada Oktober sewaktu Datuk Onn Jaafar meletakkan
jawatan. Menganjurkan Pertandingan Membaca Al-Quran peringkat negeri yang
pertama di Kedah.
·
1954 (umur
51): Mengetuai satu rombongan ke England untuk berbincang bagi menuntut
kemerdekaan bagi Tanah Melayu, tetapi kunjungan itu tidak berhasil.
·
1955 (umur
52): Pilihan raya persekutuan umum yang pertama diadakan, dan Parti
Perikatan(Barisan Nasional) memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan. Dengan majoriti ini, Tunku Abdul Rahman telah dilantik sebagai
Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Satu lagi rombongan ke London diadakan.
·
1956 (umur
53): England bersetuju untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Sebaik
pulang dari England, Tunku mengisytiharkan berita gembira ini buat kali
pertamanya pada 20 Februari di Bandar Hilir, Melaka.
·
1957 (umur
54): Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos. Memperkenalkan
kejohanan Pestabola Merdeka, yang merupakan pertandingan bolasepak
antarabangsa.
·
1958 (umur
55): Dilantik sebagai Presiden pertama Asian Football Confederation (AFC) (1958
– 1976).
·
1960 (umur
57): Menubuhkan Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk
membantu golongan mualaf dalam menyesuaikan hidup baru sebagai Muslim.
·
1961 (umur
58): Memulakan penubuhan Association of Southeast Asia (ASA) yang menggabungkan
Tanah Melayu, Thailand dan Filipina. Menjadi tuan rumah Pertandingan Membaca
Al-Quran Peringkat Antarabangsa yang pertama.
·
1963 (umur
60): Membentuk Malaysia pada 16 September, apabila Tanah Melayu bergabung
dengan Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (sekarang Sabah).
·
1967 (umur
64): ASA dibubarkan untuk memberi laluan kepada persatuan yang lebih besar,
iaitu Association of Southeast Asian Nations.
·
1969 (umur
66): Membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantik
sebagai Setiausaha Agungnya yang pertama.
·
1971 (umur
68): Meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno dan
digantikan oleh timbalannya, Datuk Abdul Razak Hussein.
·
1982 (umur
79): Menjadi Presiden Majlis Dakwah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik (RISEAP)
(1982 – 1988).
·
1990 (umur
87): Mangkat pada 6 Disember, dan disemadikan di Makam Diraja Langgar di Alor
Star.
1.
Challenging times :
Tunku Abdul Rahman Putra / Sunting oleh J.S. Solomon: Pelanduk Publications ,
2007
2.
Malaysia : the road
to independence : Pelanduk, 2007.
3.
Political
awakening : Pelanduk Publications, c1986.
4.
Pandang Balik :
Heinemann Educational Books, 1980.
5.
Sudut Pandangan :
Heinemann Educational Books, 1979.
6.
Looking back : the
historic years of Malaya and Malaysia: Pustaka Antara, 1977.
7.
Last we forget
OLD • NEW

I'm the Princess ♥
Lovely Visitor,Welcome
Walkie Talkie♥
Leave your footprint here
Awesome people ♥
Thank for following me
Put your Followers widget
Credits ♥
I LOVE YOU
Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B
L
O
G
S
K
I
N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: Ell
Da habis baca??Jgn lupa dtg lg!
|
|